~ Bloggers of Love ~

Thursday, July 19, 2012

Mencukur rambut bayi baru lahir hukumnya sunat.

Faiqa di lahirkan dengan rambut yang sangat lebat. So, sejak Faiqa di lahirkan, Faiqa dah jadi cam babydoll aku. hihi. Aku suka pakaikan Faiqa baju baru, baju cantik- cantik dan hiasan rambut. Tiap kali lepas Faiqa mandi, aku akan pakaikan klip rambut yang kecil pada rambut dia. Selalunya klip rambut tu sama dengan klip rambut aku sebab aku pun suka pakai klip rambut. hee.

Aku dan suami memang pun merancang nak botakkan kepala Faiqa bila dia lahir, tapi tak sangka Faiqa lahir dengan rambut yang sangat lebat. Bila aku dan suami main-main dengan rambut Faiqa, alahai.. rasa sayang pulak nak cukur.

Tapi, atas nasihat mak ayah semua, kitorang cekalkan hati juga nak botakkan Faiqa.. huhu. Yelah.. Lagipun, rambut yang tumbuh dalam kandungan ni bukannya tahan pun, lambat laun dia akan gugur sendiri. Lagipun, orang kata kalau botakkan kepala bayi ada banyak kelebihan :
1. Dapat pahala
2. Rambut tumbuh lebih cantik kelak
3. Mata bayi akan jadi lebih terang
4. Bayi akan jadi bijak

Oh ya! Actually kami dah pun buat Majlis Akikah dan Cukur Jambul Faiqa. Tapi tak buat entry lagi sebab tengah collect gambar. huhu. Alhamdulillah hadirin sangat ramai, tapi nak bergambar tak sempat. So, apa yang ada jelah. Tapi, biasalah kan. Time majlis tu, bukannya botak habis. Hadirin akan gunting sikit rambutnya buat syarat je. Lepas tu, kene lah botakkan sendiri rambut baby. Sila ambil perhatian ya kengkawan, kalau setakat gunting beberapa helai rambut tu, tak kira bercukur, tak ada manfaat dan tak ada kebaikkannya. (Boleh lihat artikel ustaz di bawah)

Suami tanak kedai yang botakkan Faiqa. Dia kata kalau guna pencukur rambut yang elektrik tu, otak baby akan bergegar la.. Betul jugak tu. Kepala baby kan masih sangat nipis kulit nya dan tempurung kepalanya.

Semperna Nisfu Syaaban, atau juga mengambil berkat hari lahir suami (lahir pada malam nisfu syaaban), Faiqa di botakkan licin habis. Malam tu memang hujan lebat gile, siap dengan petir, tapi alhamdulillah Faiqa memberi kerjasama yang baik. Dia tido je sepanjang proses membotakkan kepala tu. Risau juga kalau dia bangun, sebab kalau bergerak-gerak, boleh luka kepala nya.


Tada..!!
My Bald Angel


....

Kat sini, aku nak share artikel tentang bercukur rambut bayi baru lahir. Moga kita sama-sama mendapat ilmu yang tepat dan bermanfaat :

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.
Sumber : http://hafizfirdaus.com/content/view/382/103/
Faiqa, mommy miss your hair!


Cepat tumbuh tau!



*_*



xoxo

12 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

takpe mommy, lepas ni rambut Faiqa akan tumbuh smula..lebih cantik dan lebih lebat :)
jgn lupa lumurkan minyak kelapa / zaitun k

PUAN SUE said...

rambut bb su dah tumbuh..gigih hari2 letak minyak klapa dara .waktu mlm je

fifi tiez said...

dah botak dah die..tomei betul

elle's laaa~ said...

my lil Hana Humaira masa lahir aritu pun ambot dia lebaaattttttt sangat.. mcm syg gilerr la nk cukur.. huhu.. tp mak ayah n in law's semua dah suruh cukur, maka, botak lah anak ku itu.. hehehehe.. tp x smpai sebulan ambot my lil Hana Humaira dah tumbuh... heeeee;) so raya nnti daha de ambot ley pakaikan klip omey2.. hehe

~ NANA ~ said...

lebat betol rambut faiqa, comell...farish masa umur dia 7 hari dh dibotakkan tapi sampai hari ni nak masuk 3 bulan rambut taknak tumbuh sgt...huhu

LoVEaQshA said...

alahai cutenya faiqa wlpun da motak..hihi
geramnya..
Adelia pas raya br nak wat cukul jambul skli botakkan..dahla mmg rmbut nipis smp skrg tmbuh cikit lps cukur xthula bila tumbuhnya..

CikNaa said...

dah lama tak singgah.
comel nye dia. tembam sgt! :)

Wani said...

ahahaha..comelnye ;) tahniah Thalhazlin!

Anonymous said...

Nak tanye ada amalkan apa2 penjagaan tak lepas cukur rambut baby? Sapu minyak ke? Etc

Fazlina Zainudin said...

Mintak tumpang share boleh? What a good info pasal aqiqah n cukur jambul :)

Anonymous said...

means, mcukur botak kpale baby ni kite buat sendiri jer ya?ta pyah majlis2?

jarimanje said...

Alhamdulillah. Jgn lupa tumpuan ibadah adalah utk Allah dan mengagungkanNya atau mengerjakan sunnah Nabi saw. Tumpuan kpd selain dariNya bimbang boleh menafikan keagunganNya atau membentuk adat dan bukan ibadat. Segalanya bergantung kpd niat.

"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat" ~ Hamka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin