~ Bloggers of Love ~

Thursday, March 29, 2012

My Checklist : Keperluan Berpantang

Dah masuk 35 + weeks! Oh nebes lagi!
...

Ok lah tarik napas.. fuh. fuh. ;p

Dah time- time ginih, memang sepatutnya keperluan berpantang semuanya sudah lengkap ye tak mommies berpengalaman? .. Buat diri saya, keperluan berpantang buat masa ni, nampaknya sudah lengkap kot. Checklist cam biasa. Saya ikut checklist dari blog www.hanisamin.com/blog dan ada certain items saya ubah i.e tambah keperluan saya sendiri ikut pengalaman / testimoni bloggers lain/ kawan-kawan sekeliling. :)

Sebakul jamu- jamu- an serta keperluan-keperluan lain untuk berpantang dah saya sediakan dalam 1 bakul. Tinggal tunggu masa untuk angkat ke umah mummy nanti. Untuk barang- barang berpantang ni, saya tak beli sekali gus. Konsep saya.. biasalah. Beli sikit- sikit lama lama jadi bukit. ekeke. Jadi saya beli satu item dalam satu masa. Lama- lama penuh dah bakul. :)
Sebagai mommy baru dan bakal melalui pengalaman petama kelahiran baby dalam hidup, saya agak teliti jugak bab keperluan berpantang ni. Banyak baca pengalaman orang dan tanya orang. Saya mahukan semua persediaan telah di sediakan awal agar saya dapat berpantang dengan selesa dan gembira. Dalam masa yang sama, saya mahukan kesihatan yang baik untuk diri saya agar dapat menjaga baby dan suami dengan baik selepas kelahiran. :)

.....



1. Tukang Urut

Pada saya tukang urut memang paling penting. Saya tak akan pilih tukang urut sembarangan ie: tak pernah urut saya sebelum ni atau tak pernah dengar recommendations dari orang. So, saya dah pilih tukang urut yang dah pernah urut saya sebelum ini (masa lepas accident tempohari) dan saya sendiri melihat beliau mengurut kakak ipar dan mengurut baby kakak ipar masa kakak ipar berpantang tempohari. Memuaskan hati lah cara urutannya.
Tapi suami kene amek lah kot tukang urut dari rumahnya memandangkan tukang urut tinggal di kawasan berlainan. Suami kata boleh amek sebab suami amek cuti seminggu. Upah mengurut satu hari RM 65. Kat sini kira standard lah upah mengurut nya, tempat lain tak tahu pulak. Untuk urut, saya amek 5 hari sahaja lepas bersalin. Nanti dalam hari ke 40 gitu maybe akan mengurut beberapa hari lagi.


2.  Set Bersalin Nona Roguy


Pernah buat review berkenaan ni.




3. Bengkung

Saya pun tak pasti bersalin normal atau secara pembedahan. Tapi bengkung ni just prepare siap-siap. Lagipun saya bukannya ada kakak nak pinjamkan bengkung. huhu. Pon pernah buat review : http://thalhazlin.blogspot.com/2012/03/bengkung-tradisional-ku-panjangnyeeee.html


Saya sediakan 2 helai bengkung. Satu bengkung tradisional yang di buat dengan penuh kasih sayang oleh mummy saya. hihi


Sehelai lagi ni bengkung moden. Dapat percuma masa beli set bersalin nona roguy tempohari. 



4. Barut Berubat untuk Ibu &
5. Minyak Panas Alfiat.


Mummy kata bukan baby je tau kene pakai barut. Tapi ibu pun kena pakai jugak sebelum pakai bengkung. Caranya sapu minyak panas kat perut, then pakai barut kat perut, lepas tu baru lah ikat bengkungnya.

Jadi untuk barut ibu ni, saya beli Barut Berubat Jenama Alfiat di Mydin Nusajaya. Harga dalam rm 25 satu pek. Saya beli sekali dengan minyak hangat Alfiat juga.



6. Tungku Besi

Bertungku dalam proses berpantang kaum Melayu adalah sangat sinonim. Tapi kalau nak ikut cara tradisional, orang Melayu guna tungku dari batu sungai. haa.. Best tu kalau dapat. Tapi saya mana lah nak cari batu sungai nak di buat tungku? huhu. Kat kedai jamu tanya- tanya pun tak ada jual batu sungai tersebut. Kalau nak amek batu dari dalam hutan ke, air terjun ke.. hish tak berani pulak sebab takut batu tu 'bertuan' pulak ye tak.

Secara alternatif , saya pun beli tungku besi. Tungku besi pon agak popular tau masa sekarang. Saya banyak google tentang kat mana nak beli tungku besi ni. Kalau kat JB, saya tak sure kedai mana yang jual since 2-3 kedai yang saya tanya semua tak jual tungku besi. Jadi saya beli secara online je, mudah, cepat dah murah.

Cerita pasal harga. Saya beli tungku besi ni sekali dengan sarung dengan harga yang murah iaitu RM 50 sahaja! Brand new tau, bukan 2nd hand.

Bukannya apa, sebab kalau ikutkan harga yang saya survey, harga tungku je dah mencecah rm 40+.- rm 45. Tak masuk dengan sarung tungku dah berharga rm 20+ atau lebih. Itu tak masuk harga pos tau.

Saya dapat beli tungku besi + sarung tebal + free postage dengan harga cuma RM 50 sahaja! Murah kannn?? Untuk yang berminat, boleh lah beli dengan kak aina. Website : http://www.ainamazlina.blogspot.com/ . Share info sikit sebab saya puas hati dgn harga & service dia.

btw, tak berani nak guna tungku moden sebab ada baca cerita tungku moden pernah pecah dan bahayakan pengguna. huhu. Saya baca pengalaman bloggers sendiri di sini : http://fiezwan-syakil.blogspot.com/2011/09/bahaya-penggunaan-tungku-moden-kisah.html


7. Pilis


Pilis ni kegunaan dia antaranya untuk elakkan pening- pening gitu dan lain-lain. Di sapukan kat dahi dan ubun-ubun. Ada orang yang saya kenal tak suka pakai pilis, tak suka bau dia. Tapi pada saya, lain pulak. Saya teringin nak pakai pilis, baru nampak cam orang berpantang. haha.

Saya beli pilis 5 peket dulu. Tak tahu gunanya berapa peket. Tak pe. Kalau tak cukup, dah ada contoh bagi je kat suami minta beliau belikan lagi di kedai jamu nanti. 



8. Param

Param ni untuk di lumurkan ke seluruh badan. Ini bertujuan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan. Yang sapukan tukang urut atau mummy la kot. hehe. Saya beli satu peket ni RM 1.00 lah kalau tak silap kat kedai jamu. Beli 10 peket terus senang.



9. Bedak herba berubat tradisional


Saja try beli time belek- belek barang- barang kat kedai jamu. Memang ada di tulis bedak ni sesuai untuk wanita semasa berpantang. Untuk memberikan seri muka katanya. hee. Try jelah beli 2 peket dulu. ;p





10. Herba Mandian

Seumur idop tak pernah mandi herba. ekeke. Ni kali pertama rasa excited nak mandi dengan akar- akar kayu segala bagai. Cara tradisional untuk dapatkan kesegaran badan balik. Biarlah sari yanti dengan mandi susu, saya pilih mandi rempah. :) Peket di bawah ni adalah herba mandian dari Mak Dara. 1 Peket ni boleh guna banyak kali.



Kalau yang di atas herba mandian cara tradisional Melayu, yang ni pulak saya nak cuba herba mandian cara tradisional kaum Cina pulak.





11. Pati Ikan Haruan Polleney


Memang bersiap sedia 1 pek untuk di cuba.. Ramai recommended minuman ni bagus semasa berpantang. Lagi bagus kalau dapat makan ikan haruan yang fresh. Cuma yang ni as additional la kot..





12. Susu Hi Goat Tanpa Gula


Susu kambing adalah elok untuk merawat anak kena kuning mengikut pembacaan saya. Jadi get ready dengan pack ni untuk di minum. Beli 1 pek dulu, kalau ok baru beli lagi. Beli yang tanpa gula sebab saya ada GDM. huhu





13. Gamat Healin Gamogen


Beli ni sebab tengok ada bloggers masukkan item ni dalam persiapan berpantang beliau. Gamogen merah ni memang yang terbaik dalam produk Healin dan bagus untuk merawat luka- luka dalaman.




14. Healin Liniment Oil


Boleh lah di gunakan untuk mengurut- urut badan yang sakit dan lenguh- lenguh sandi dan lain-lain. Saja prepare.




15. Healin Gamarub


Juga sebagai minyak panas dalam proses mengurut nanti.





16. Adeline Thermal Cream


Untuk pecahkan lemak- lemak. Tak guna pati mustajab segala bagai. Cuba yang ini.





17. Bertangas

Plan nak bertangas. Pinjam peralatan dari mak mertua. Tapi serbuk tangas masih belum di beli. Nanti dululah sebab bertangas di buat masa pertengahan bulan berpantang kot dan boleh di beli online.





18. Maternity pad


Yang ni kene ada lah kan. Saya sediakan 2 pek besar dan 1 pek kecik. Kalau tak cukup, suami le kene tahan malu belikan.. hihi



Yang ni jenis ikat punya. Saya pun tak pernah tahu ada pada cam ni dan tak pernah tengok cara pakai. Tapi kawan suggest beli jugak yang ni in case sakit nak pakai u/wear semasa nak guna m/ pek yang atas tu. Beli 1 peket dulu dengan tali dia.





19. Stokin


Tak suke pakai stokin. Tapi time berpantang kene lah jugak pakai stokin kan? huhu. Beli kat daiso dan kedai rm 2 aje. boleh dapat banyak. heheh.





20. Selipar lembut


Boleh lah di pakai dalam rumah nanti masa pantang..




21. Tungku bayi


Baby pun kena bertungku jugak. Tapi guna tungku herba yang comel lote gile babak ni. ehehe. Cara guna panaskan sikit suam- suam then tekap kat perut baby, elak kembung. Ok lah kot. Ni pun tungku berherba.




22. Lain -lain :


i) Kain Batik- ada dalam 7 helai

ii) Baju sejuk- ada dah

iii) Baju/ Seluar dalam - ok

iv) Tuala mandi./ tuala muka - ok

v) Peralatan mandi - ok

vi ) Nursing bra - ok

vii) Breast pad- ok



Rasanya ok dah kot keperluan untuk berpantang saya. :) Kalau ada yang tak lengkap, kawan-kawan plis bagitau saya okeh. Maklumlah, ni pengalaman pertama nih.
Apapun, harap- harap semuanya berjalan dengan lancar. huhu. Takot lah.

Ok lah till then.

xoxo

22 comments:

Mrs Azhar said...

thalha.. mmg complete lah preparation u ni. risau lak i tgk. segala mcm benda ada dh. yg maternity pad tu i beli 1 pack je. u ada sampai 4 packs! haha

CikNaa said...

best tgk awak nye barang2.. sy punya mcm byk je xcomplete lg. lg2 bab jamu2 tu.smua serahkan kt MIL. sbb dorang buat jamu sndiri kot.

veesakura said...

OMG! banyaknyer! now i feel kibut dah sebab i baru bli set berpantang amway. n tu je. benda lain, sume nan hado. barut tu kene eh? kene tny my MIL la apa keperluan suma since dia yg akan jaga i nanti

Nadt said...

banyaknye keperluan berpantang kamu! saya cuma ada set NR, param n pilis, bengkung, tungku, stokin n pad saja. cadang nak beli gamat healin gak tapi rasanya poww mak punye je la kot since mak pun memang makan gamat healin ni.hehehe..

twayblade said...

maternity pad tu, awal2 je aku guna yg pureen tu. lepas tu masuk minggu kedua bila nifas dah kurang skit, aku pakai pad period biasa tu je. maternity pad yg bertali2 tu aku tak suka!!! leceh ko tau. mcm gaban pun iye, bertali2 kat perut. kat hosp je aku pakai sbb nurse ikatkan. balik rumah aku pakai pureen je. kotex punya maternity pad adhesive pun bes gak.

pureen tu pun, bila kapas kat dlm tu dh lencun, kapas tu akan lurut dan bergumpal kat bhgian bawah. so chances panties nak kena tembus tu mmg tinggi. agak fedup gak pakai masa awal2 dulu. so aku buat double layer.

~ NANA ~ said...

1st time i denga oasal bertangas tu...hihi....nk google la nnti :)

farahfatihah said...

dah nak complete tu..selamat berpantang nnti yer...bedak bunga tanjung i likeeee baunyer wangiiii

farhana shamsuddin said...

bnyak nyer brg..huhuhuhu

PUAN THALHA : said...

MRS AZHAR : hehehe. saje je lah beli kan. sebab kawan2 kata banyak guna time nifas nanti.

CIK NAA : waa.. bestnya kalau MIL dah siapkan semua. lagi bagus rasanya kalau mak bidan siapkan semua jamu. kat tempat saya tak de. tu yang kene beli NR tu. :)

PUAN THALHA : said...

VEESAKURA : Tak pe. masih ada masa tuh. barut tu mak kite yang cakap lagi bagus guna dengan bengkung. so, beli jelah. ada jual kat mydin tuh. :)


NADT : Tak de la banyak sangat.. ni pun testing sikit- sikit je produk yang di cadangkan kawan-kawan. hee. oh. kalau mak dah minum gamat healin, watpe nak beli lagi dah. pow jelah share. hiks

PUAN THALHA : said...

IDAYEN : ooo. entah la ida. aku ni sediakan je 2 jenis. sbb kawan aku kata kalau time mula- mula bersalin tu rasa sakit nak pakai udwear nak pakai m. pad, so bagus kalau guna yang bertali tu. lps beberapa hari, baru boleh pakai undwear dgn m. pad biasa tu. tu yang aku beli 2 jenis tu. hee. tula aku ingat kalau darah dah tak banyak, guna m.pad biasa je kan, lagi murah kot harganya. hihi

PUAN THALHA : said...

NANA : keperluan bertangas ni cara tradisional.

To share (drp google):

Rawatan dan fungsi berpantang selepas bersalin - Bertangas
Bertangas

Bertangas bertujuan untuk mempercepatkan proses penymbuhan luka dan jahitan. Ia juga mampu mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa proses mengandung dan bersalin. Ia juga bagi mengelakkan prolapse ( keluar tombong).

Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas adalah seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan biji manjakani. Bahan-bahan tersebut hendaklah direbus bersama air sehingga mendidih. Lakukanlah proses bertangas ini selama lebih kurang 20 minit. Untuk mendapatkan kesan kebaikan yang maksimum, lakukanlah bertangas ini selang dua atau tiga hari sehinggalah habis tempoh berpantang iaitu tempoh berpantang 44 hari. Air rebusanyang telah sejuk jangan dibuang. Gunakan ia sebagai air pencuci ( bercebok).

pstt : kite pun tak pernah bertangas lagi. tapi InshaAllah berminat jugak mahu cuba :)

PUAN THALHA : said...

FARAH : oo. awak guna bunga tanjung jugak ek? tu la, secara kebetulan je nampak pek ni. tu yang rasa nak try neh. hee

PUAN THALHA : said...

FARHANA : ish. ni sikit- sikit je.. kira yang wajip je dear. kawan-kawan saya ada yang lagi banyak, siap dgn produk shakelee segala bagai.tapi entahlah. orang tak de pengalaman.. hihi. nanti ada rezeki anak kedua kelak, boleh la cut down ke item2 yang tak perlu kot. hee

Legally Pink said...

Hi, just nk bgtau if you ceased, tungku traditional yg u beli tak leh guna tau.. Kalau ceased banyak yg special skit.. Yg penting bila ngurut tak leh senttuh bahagian perut. Tungku pn kat belakang badan, kaki, peha je, perut mmg tak boleh kacau. Dulu first tukang urut I amik tak reti urut utk org beranak ceaser, so I tukar lain. Just beware je la, if ceaser mmg lain skit cara panting bg setengah2 benda...

harzharun said...

sgt lengkap!...
I dulu cikai je...
I juz berurut 3 hr bturut2, mkn nasi gaul lada hitam + ikan kembung bakar or ikan haruan bakar tiap2 hr.org tua x bg minum air byk kn..sembelit wei!..seksa..hujung2 pntng baru mkn sup haruan....pilis param tu x buat..org tganu jrg buat benda tu..btungku mmg i tipu2 sbb xthn panas..huuuu...
Dpt selim melim sbb bf dgn jaya...
Tp skang susu dah kurang, kurang bf, bdn chubby blk..huuuu

armouris said...

terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

A d y . E i R a said...

cute btol la stokin u tu...beli kat daiso?daiso tu kat mane ye,,i pn org jb gak..klau u beli kat jb bole la i cari kot...hihi...

Pn Mardhiah said...

Sis blh ke nk sewa alat bertangas tu? No tel 0194344930

ana udin said...

nk tanye ckt.ktmne boleh beli Adeline Thermal Cream?

kurnia said...

Assalamua'alaikum.

Trima ksh byk kak ats post2 yg berkaitan dgn brg utk baby n ibu lps brsalin. Sgt brmanfaat utk saya. :)Jazakillahu khairan katsira.

Dekna Begoom said...

Assalam.. Hai pn. Thalha!
Sy agk trtarik dgn cre brpantang puan ni.. Dlm xsedar sy dh siap salin smue snarai ni.. Hrap2 dptla sy cri brg2 ni kt sni..ini pn pngalmn ptme sy jgk.. Jd, Sy blom ad pnglman.. Klau pn xksah bleh sy ikot cre ni?:)

"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat" ~ Hamka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin