~ Bloggers of Love ~

Tuesday, February 28, 2012

My Choice : Set Bersalin Nona Roguy

Akhirnya.. Setelah penat memikir mikir, setelah puas membaca testimoni bloggers juga forumers, setelah berpuas hati dengan testimoni hidup dari kawan-kawan yang di kenali, akhirnya saya memutuskan untuk menggunakan produk NR untuk produk berpantang saya. hihi.

Saya beli 1 Set berpantang NR + extra Minyak Berubat Herbanika.
Minyak berubat herbanika ni saya baca testimoni memang ramai yang suka dan suggest. Sesuai kalau nak buat urut- urut segala bagai. Lagi satu saya tertarik dengan testimoni tentang jamu NR yang mana di katakan melancarkan penghadaman. Best.
So, taraaa.. Ini lah produknya:
Review nanti lah ek, pas menggunakan produk ni nanti. hee.
.....

Saya beli produk ni dengan harga dan pakej baek punya. hee.
Saya beli di sini:

http://www.minanggunbeauty.blogspot.com/

Harga: RM 300 


Saya pilih untuk beli kat sini sebab ada di tawarkan  jenis 3 pakej free gift. Memang ada yang tawarkan set bersalin dalam range harga RM 280- RM 290 tapi tak ada free gift. Tapi, yelah kan. Terpulang pada masing- masing. Tapi pada saya, memang cukup berbaloi kot harga RM 300 + Free gift. Pilihan free gift saya:
1. Bengkung moden
2. Tunku Bayi
3. Barut Bayi
4. Pilis

Ops! Yang rempah mandian tu, bukan free gift tau. Tu saya tambah extra. Rempah mandian Jamu Mak Dara RM 25.00. Boleh guna dalam masa 2 minggu/ dalam tempoh pantang. Pandai-pandai la budget guna lah nanti. Saya memang percaya dengan cara tradisional- tradisional neh boleh lah mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin. :)

Ok la. Nak review lebih-lebih pun tak boleh sebab baru beli belum guna nya lagik.

Setakat ni, keperluan untuk berpantang dah 90% done. Alhamdulillah. Sikit lagi je nak complete. To be review soon.

Bye.

6 comments:

natasha arafat said...

terujanya tengok set pantang ni. I'm about to bersalin jugak soon. Now at 32wks. Cik puan Thalhazlin,kalau tak keberatan boleh bagi email eddress tak? Saya cari merata kat blog ni tak jumpa. Maklum la bila jumpa 1st time mommy-wanna-be ni macam-macam benda nak tanya and kongsi sama-sama. Moga selamat semuanya mommy and baby,amin :)

ReYNa said...

sy pon beli nona roguy.tapi x beli yg dalaman.hihi.murah gak tu kalo dpt sekali ngan free gift

edrina said...

Salam Thalha,

Kak Ed tak pernah guna NR punya set bersalin so kak ed pun tak tau ekekek.. tapi 6 kali bersalin kak ed try macam2.. ekke..pernah try set org kg, amway, salindah apa ntah lagi tapi yg last masa khayla ni kak ed try set bersalin shaklee.. dan kak ed rasa sgt suka set bersalin shaklee neh sbb badan rasa berbeza..bertenaga & vitamin2 yg kak ed amik tu pun direct dpt pada baby biler kite susukan dia..

amik jamu ni satu jer nak kena tgk tau thalha, kalau baby kuning/jaundice kalau boleh stop dulu kejap sebab kdg2 sbb hati baby belum cukup kuat utk digest benda2 dlm jamu yg kiter amik tu..

just my 2 cents

PUAN THALHA : said...

NATASHA: Tak jumpa ke dear? just bukak link tu, ada semua detailnya. nak email add? tapi kite tak berurusan guna email tau. kite berurusan dengan seller dia cuma through sms je. bole sms kak min: 013- 35637112.
inshaAllah. moga kita sama-sama selamat melahirkan dan baby sihat walafiat. amin :)

PUAN THALHA : said...

REYNA : tulah.. tengok ur blog. u makan set salindah ek? nanti wat review tau. kalau bagus, inshaAllah anak kedua nanti (chewah) nak try jugak. hihi

JC said...

Salam....pakej ni cukup untu pantang sebulan ke??? :)

"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat" ~ Hamka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin