Usia our thaz jr dah 22 weeks ++.
Alhamdulillah.
....
Semalam scan baby ngan Dr Hidayati.
Progress baby :
Berat : 500 gm / setengah kilo (Saiz normal untuk baby 22 weeks. Baby jadi 1 kilo hanya apabila cecah 28 weeks / 7 bulan)
Gender : Tak nampak lagi. Thaz jr takmaw tunjuk lagi.
Tengah buat apa? : Thaz Jr tengah brsujud. Subhanallah :) (Dr kata apa lah yg dia tengah berdoa tu. hihi)
So, cam gini lah lebih kurang bentuk thaz jr yang dah terbentuk setakat ini:
source : www.babygaga.com
.....
Saya selalu gak baca artikel tentang perkembangan baby kat tenet.
Untuk 22 weeks - antaranya :
"Your baby can hear all the sounds in your body, as well as conversations on the outside. She can hear you as you talk to her, read to her, and sing. Any consistent patterns that she hears, such as a song or story, she will most likely remember after she is born, and will be soothed as the song or story reminds her of being safe and secure in utero"
Selain tu, saya ada tengok national geographic. Dr kat sana ada buat kajian tau. Siap ada demo lagik. Baby ni suka dengar light muzik, bila dr dengarkan dia lagu yang heavy, 4d scan menampakkan baby gerak dengan cara menunjukkan dia tak suka, cam bingit gitu la. Bila di pasang light muzik, baby gerak dengan tenang. Baby kelihatan sangat tenang.
....
So, memandangkan thaz jr dah boleh mendengar, saya dah mula dengarkan dia azan dan surah-surah berkaitan. Senang je, tak payah nak beli cd ke hape ke yang mahal-mahal. Boleh terus ke youtube, semua ada. Yelah kan. Daripada dengarkan muzik, baik dengarkan dia ngan ayat-ayat quran. Moga-moga anak ibu ngan babah ni kelak akan menjadi seorang mukmin yang sejati. amin.. :)
Memang terasa la kelainannya. Bila di dengarkan guna headphone ni, memang saya terasa sangat baby gerak- gerak dalam perut. Tapi suami tak bagi dengarkan kuat-kuat sangat. Just nice jela gitu. Mommy to be.., tak caya, leh try. :)
Ok. Setakat ni dulu. Till next entry.
xoxo



1 berbisik pada *thalhazlin* ~:
i pon dh start pakai headphone tu bg baby dgr.hihih.baby suka tau
Post a Comment