~ Bloggers of Love ~

Sunday, January 1, 2012

Suka duka 2011

Terima kasih 2011 kerana menjadi saksi peristiwa suka duka dalam kehidupan saya.

1.  Dapat transfer ke Johor balik pada 1.12.2011
Memang umpama satu hadiah besar dalam hidup sayaa apabila doa saya sebelum ini telah di makbulkan Tuhan. Saya tak minta banyak, cuma minta kembali ke Johor agar dapat bersama-sama suami dan keluarga tersayang. Tak ada apa yang lebih membahagiakan saya selain daripada bersama keluarga :)

2. Horneymoon di Perth, Australia
Sepanjang setahun saya dan suami berkahwin dan masih belum di kurniakan cahayamata, memang kami suka berjalan. Orang kata apa.. honeymoon puas-puas. hee. Tak la banyak tempat pun kami dah pergi tapi just suka jelalan bersama. Tapi tahun 2011 kami berpeluang ke Perth. Memang seronok! [ Belum sempat buat sebarang entry. huhu]


3. Beli rumah sendiri & mula hidup sendiri secara berdikari
Tahun 2011 Tuhan murahkan rezeki kami. Kami jumpa rumah idaman dengan harga yang ok di lokasi yang ok. Kami beli dan mulakan kehidupan sendiri selepas mummy ngan ayah pergi haji. Sebelum ni kami suami isteri duduk ulang alik di rumah mummy dan rumah ibu mertua. Tapi sekarang ni, kami selalu je ulang alik ke rumah mereka sebab dekat. hihi

4. Beli rumah untuk investment
Tahun 2011 juga Tuhan izinkan kami beli rumah untuk investment iaitu untuk di sewakan nanti di area Nusajaya sana. Rumah masih belum siap. Sapa nak sewa nanti boleh la ye. hehe. Tapi rumah kecik jelah. ;)

5. Mummy & Ayah menunaikan haji
Alhamdulillah. Memang mummy dah ayah memang memasang hasrat untuk menunaikan haji selepas selesai urusan perkahwinan saya. Tahun 2010 saya berkahwin, tahun 2011 mummy dan ayah kata mereka dah boleh menunaikan haji dengan tenang :)


6. Saya di sahkan hamil pada 1 syawal
Alhamdulillah sangat. Tuhan mendengar doa kami suami isteri. Pada tarikh 1 Syawal lepas, saya di sahkan hamil sebulan. *_*


7. Suami dapat kerja di tempat baru
Rezeki anak kot. Suami dapat kerja di tempat kerja baru dengan gaji yang lagi ok sikit. Alhamdulillah.
[Susah senang kite bersama okeh sayang? Kamu kekasihku dunia akhirat *_*]

8. Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya
19.11 lepas saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan 1 kereta dan 1 lori semasa otw ke Mahkamah. Alhamdulillah, setakat ni hanya kereta je teruk tapi saya, baby dan driver selamat..


9. Suami turns 30 dan saya last 20-an.
Uhuk. Uhuk. Yang ni sedih sikit la. sebab tahun 2011 ni saya last la menyambut beshday sebagai 20-an. hihi. Sebab tahun 2011 ni usia saya 29 tahun. Tahun depan dah usia 30 tahun. Dah tua. hee. Apapun, semuanya mengikut target dan perancangan. Alhamdulillah. Saya memang mahu berkahwin di usia 28 tahun dan dapat anak sebelum 30 tahun, sama cam mummy :)

....

Dan banyak lagi peristiwa pahit manis saya sepanjang tahun 2011. Apapun, harap peristiwa yang malang di jadikan iktibar, dan kita ambil yang baik buat ingatan di hari mendatang.

Selamat menyambut tahun baru semua.


1 berbisik pada *thalhazlin* ~:

mia-ina said...

plg teruja mia baca...dpt beli rumah &b dpt tgl dgn suami..ya, rezki dr allah thalha...syukur thalha dpt bersama suami slps ada baby t...tu yg sewajarnya dr pjj.

semoga 2012 menghadiahkan ganda kebahgiaan ya

"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat" ~ Hamka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin