Saya memang berhasrat untuk menyusukan baby saya nanti.
Nurse kat klinik pun advise saya masa mula-mula buka buku merah dulu untuk saya susukan baby at least sampai 6 bulan. Tapi.. yelah. Nurse tu cakap susu ibu ni tak semua yang automatic ada. Ada yang sikit susunya, ada yang banyak. Ada yang mula-mula lahirkan baby, memang tak keluar langsung, ada yang 7 bulan susu dah keluar.. Bahagian masing-masing. Kita pun tak tahu, kan? Cuma nasihat nurse, itu semua bergantung kepada psikologi kita sendiri. Kalau mula-mula lahirkan baby nanti, kalau tak ada susu, teruskan juga mencuba susukan baby dan yakin kita ada susu. InshaAllah susu akan keluar katanya. Ada bebarapa orang rakan saya kata mereka berurut dengan bidan untuk keluarkan susu. Itu pun usaha jugak. Bahagian saya, saya tak tahu. Cuma saya berdoa agar di kurniakan susu yang banyak lah untuk bayi saya nanti. Amin.. *_*
.....
Bila cerita tentang breastfeed, mestilah kene ada breastpump. ;p
Pada saya, breastpump ni kira satu keperluan jugakla. Tak kira la manual ke electric ke. Terpulang kat masing-masing. Tapi sepanjang saya tengok kawan-kawan saya yang breastfeedkan baby, banyak yang bawak breastpump ke tempat keje. Impress gile tengok dengan usaha diorang seh.
....
Cerita tentang breastfeeding ni, saya memang dah lama survey- survey breastpump brand apa yang sesuai untuk saya beli. Sesuai bermaksud dari segi harga yang saya mampu milik, dari segi praktikaliti dan juga tidak menyakitkan. Tanya kawan-kawan banyak yang guna brand madela free style. Ikut kan hati saya, memang nak beli Madela free style tu.. survey internet pun ramai kata bagus sangat.. tapi mahal sangat kot. huhu. Survey harga 1 set dalam range harga rm 1500 hingga rm 2,200. Buat masa ni, saya laki bini tengah prepare kos untuk aluminium kitchen kabinet yang dijangka siap dalam bulan Jan 2012 InshaAllah. Kitchen kabinet kayu tanak, nak aluminium so kene la saving sikit kan. huhu. Lagipun, saya tak tahu lagi tahap penyusuan tu camana. Ada susu ke, banyak ke, sikit ke, lama ke baby nak susu badan. Kang beli yang paling mahal tapi nanti baby susu tanak lama, kang bazir pulak.
....
So, mengikut budget, pilihan saya antara Spectra 3 dengan Madela Swing breastpump.
Mula-mula saya memang dah decide nak beli Spectra 3. Kalau refer kat onebabyworld tu, untuk set pakej Spectra 3 rm 540 boleh dapat banyak sangat item. Tapi saya google -google internet baca komen pengguna, memang ramai yang puas hati dengan Spectra 3. Lagipulak dual pump kan.. senang. Tapi sebab yang membuatkan saya terus tak jadi beli Spectra 3 ialah cara penggunaan dia yang hanya menggunakan electric je. Adoi. Susah la kalau nak bawak tempat keje ke mana mana ke spt saya yang selalu outstation ni, kene cari plug electric la pulak, bari boleh guna. So, Spectra 3 dah tak practikal lagi di situ.
.....
Di sebabkan tu jugak, saya google tentang Madela Swing dan sangat puas hati dengan komen pembaca dari segi practikaliti penggunaan. Tak sakit, selesa di gunakan, dan praktikal. Boleh guna electric dan boleh guna bateri. Bateri, boleh guna yang recharge tu. Sangat practikal la buat mommy mommy berkerjaya cam saya :)
....
Saya memang survey tentang harga pakej la sebab lagi berbaloi untuk wang saya. heheh. Sebab kalau beli 1 je tanpa set pun ada kedai jual rm 799. So antara yang saya survey adalah :
Pakej rm 888
- 1 madela swing BP
- Citystyle bag
- 2 pcs 150ml bottle
- babylegs warmer
Pakej rm759.00
- 1 madela swing BP
- Calma teat
- autumnz cooler bag
- autumnz reuseable ice pack (3pcs)
- autumnz 8pcs breastmilk storrage bottles
Pakej rm799.00
- 1 Madela swing BP with 2 phase expression
- 1 autumnz cooler bag (free air dry mesh bag)
- 3pcs autumnz reusable ice pack
- 8 bottles autumnz PP milk storage bottles (free 2 bottles & 5 pcs autumnz double ziplock storage bag)
- 1 pcs autumnz comfort nursing bra
free gift:
- 1 unit BPA Free deluxe bottle drying rack
- 1 unit receiving blanket
- 4 pcs washable breastpad)
- rm 10 voucher (future purchase)
Pakej rm 1097.00 (member rm 849.00)
- 1 Madela swing BP
- Citystyle bag set
- purelan
Pakej rm 921.00 (member 719.00)
- 1 Madela swing BP
- 1 x amazingmom V.Cool double layer BP Cooler bag
- 4 x safety plus breast milk storage bottle
- 3 x advanced korea ice pack
....
Itu antaranye jelah yang saya shortlist. Sekarang ni tengah ujung tahun, banyak buat YES. Akhirnya pk punya pk, saya pilih untuk place order dengan www.onebabyworld.com.my untuk pakej rm 799.00
Dah beli dah secara online tadi. Tunggu delivery je. :)
....
Nanti kelak boleh buat review bila dah guna nanti. hee.
okeh. till then.
tata


8 berbisik pada *thalhazlin* ~:
salam...
kak talha, yg paling best medela swing boleh guna secara manual.. so sgt practical...
hey dear...I'm using the swing too...mmg betul...masa awal kelahiran tu, bf is tak semudah disangka...it can be u r not producing milk, or ur baby refuse to latch (both are my case)...and that's when u will be thankful that u bought those pumps earlier....so now dh almost 3 months I pakai, so far so good...mmg sgt convenient for me yg on the go ni...yg best tu, pakai bateri pon bole... :)
salam. wani, oh yeke? boleh guna secara manual juga? hum. memang practikal! :)
hi dear..
i was browsing for breast pump too..
u might want to check out this entry..i came across this blog while browsing..
http://redmummy.com/2011/12/23/more-babys-stuff/
worth trying i guess :)
btw, congrats to u and husband..
Zalia, i've read that entry before while browsing for breastpump too :)thanks ya.
Fana, alhamdulillah tu lah. setakat ni review pengguna madela swing nampaknya memuaskan. harap nya berbaloi untuk kite nanti jugak:)
Salam Thalha~,
Kak Ed enam2 kelahiran, susu start kuar hari ke 3 lepas bersalin. tapi tetap bagi isap..once dah kuar susu mmg banyak.. so jgn putus asa kay kalau memula tu susu x kuar. Cuma mintak nurse jgn bagi guna puting botol dulu takut nanti dia dah biasa susah.. selalunya nurse akan bagi dia minum susu guna cawan khas dulu kalau susu ibu belum keluar.
kak ed,
thanks for sharing :)
kalau susu tak kuar pun, terus bagi hisap ek? oo.. okeh. okeh. tula, harap2 Allah bagi la saya banyak susu untuk baby nanti. inshaAllah. thanks for the info kak! *_*
Post a Comment