Wink! Cam propa je tajuk. hee
Takla, bukan babymoon sangat pun la. Saje jenjalan tapi tujuan utamanya nak tolong amek barang adik ipar yang dah habis belajar ijazahnya di UiTM Bandaraya Melaka. :) Tapi amek barangnya malam sebab adik ipar mahu spend last day dengan kengkawan di sana.. biasalah remaja gitu. Cam saya gak. Last day LLB (Hons), ada ikut trip kengkawan ke Port Dickson. heheh. best. So, kami bertolak pagi-pagi untuk elak jem. Oh. Btw, ini time masa cuti CNY tempohari.
....
Sampai je kat Melaka, kami straight ke MITC Melaka. Sebab sangat tertarik dengan iklan sale ni esp bab Sale baju baby tu.
Tapi.. saya rasa sale ni mengecewakan la. Sebab ada sale yang sama time kat JB haritu. Banyak gile barang baby saya borong tapi yang tu semua saya beli untuk di present pada kengkawan. Cam tak sama dengan sale kat MITC. Memandangkan saya ni suka sangat shopping online, saya agak boleh la bandingkan harga. Pada saya, harga barang baby kat sini agak mahal dari beli online. Contohnya, cuba lihat, ada iklan baju rm 5 kan? Kat JB dulu, semua baju Anakku comel- comel, semua rm 5 tau. Tapi kat sini, baju rm 5 fashion tak cantik dan banyak baju yang kotor.. huhu. Saya agak kecewa di situ. So, balik dari sini dengan tangan kosong. huhu.
....
Tapi tak pe. Lepas ni, kami jenjalan lagi ke Mydin Melaka dan sekitar kota fashion tu. Sempat grab beberapa stuff untuk baby dan tudung kerja saya. Not much shopping pun tapi best la jenjalan. Saya ni memang kaki jalan okeh. haha.
....
Puas jenjalan kat Kota Fashion nun, kami singgah jenjalan ke sekitar Dataran Melaka. Makan-makan kat sini. Sebenarnya, saya teringin sangat nak naik Duck Tour tu. Sekepala rm 40, dapat jenjalan sekitar Melaka lepas tu terus ke laut. waa.. best kan? Tapi, sampai kaunter je, lihat " Perempuan mengandung tidak di galakkan naik". huhu. Apalagi, suami terus tarik tangan saya la. Saya kata saya ok, saya kuat, tapi beliau tak bagi jugak sebab risaukan anak die. ;p
.....
Sebelum ni memang dah pernah jenjalan sini dah berdua, jadi banyak tempat dah pergi dah kat sini. Tapi, kelihatannya satu bangunan ni memang tak sempat nak pergi. So, kami jenjalan kat sini je:
Bangunan Stadhuys
Merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa inilah bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan pusat pentadbiran Belanda. Walaupun terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya adalah putih. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Ok. Enjoy the picas!
[yey!! 6 Months already!]
Camana kat tengah bangunan ni bole ada perigi ek? (yang di tutup tu perigi tau)
Suami selalu panggil saya cute-cute mok-mok. huhu
Boleh hayati sejarah pelbagai zaman kat sini. Dari Zaman kesultanan melayu melaka, Jepun, British hingga kini.
Suami yang bucuk!
Macha.. saya mahu beli paper metro boleh?
Teringat time bersanding dolu-dolu. eheh.
Rumah ni bole naik tapi cam agak seram seh gitu.
Ayoh joget cam patung tu, bang? haha
Kalau posing, bukan main...
Forever love.
Pakcik.. nak tanya jalan boleh?
Happy Chinese New Year everybodi!
Happy holiday!
:)